You are here: Home

Kamilia Ibrahim

Kamilia Ibrahim

Latest News

Mar01

UCAPAN MAJLIS PERASMIAN MALAM AMAL YAYASAN ILMU KAMPAR

Suluh Budiman

Teks ucapan perasmian program pada 26 Februari 2012. 

ALHAMDULILLAH, KITA MERAFAKKAN SEPENUH RASA SYUKUR KEHADRAT Allah swt yang telah memberi izin dan inayahnya dapat kita berkumpul di dalam dewan ini dalam satu majlis penuh bermakna.

Ucapan selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW  selaku pemimpin   yang dimuliakan dan senantiasa diambil pengajaran juga sempena menyambut hari kelahiran baginda.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Datin Nurmah Hanum dan ajk beliau kerana sudi memberi penghormatan kepada saya malam ini sebagai tetamu kehormat dan perasmi majlis. Sesungguhnya amat di sanjungi dan menjadi tinta sejarah abadi secara peribadi.

Yang teramat penting dalam pembuka ucapan saya ini ialah setinggi tahniah, sekalung apresiasi dan setinggi penghargaan diatas usaha-usahamurni Datin dan rakan setia seperjuangan ahli jawatankuasa pendidikannya. Tahniah, apresiasi dan penghargaaan kerana telah tanpa jemu bermusim penggal persekolahan terus dengan jayanya dan dedikasi berjuang memperkasakan anak bangsa dengan memperkayakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan menekankan pentingnya pelajaran dan pendidikan mengisi dada dengan ilmu dalam pembentukan ketamadunan bangsa dan Negara, dikalangan guru, ibubapa, murid-murid dan segenap lapisan masyarakat termasuk pemimpin.

Read more...
 
Dec01

Menang & Kalah di dunia yang fana

Allah SWT berfirman, yang bermaksud:

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." Surah al-Imran, ayat 160

Untung & rugi adalah ketetapan tuhan untuk menguji hamba2Nya. Biar rugi di dunia, tapi jgn sesekali rugi di akhirat. Marilah mantapkan solat kita dalam waktu senang atau susah.

 
Nov18

Dirikan Solat

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". Surah Al-Ankabut, ayat 45.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 7
Banner

Connect With Kamilia

Kamilia on Facebook

Kamilia on Twitter

Kamilia Photo Gallery

Kamilia on flickr

Yayasan Wiba Prima

Yayasan Wiba Prima

Warisan Ibrahim bin Abdullah

Pembangunan Remaja Islam Malaysia

Kamilia on Youtube

Kamilia on Youtube WHI - Bajet 2010
Ikuti Dato Kamilia di Wanita Hari Ini membincangkan Bajet 2010 dari sudut wanita.