You are here: Home

Kamilia Ibrahim

Kamilia Ibrahim

Latest News

Dec01

Menang & Kalah di dunia yang fana

Allah SWT berfirman, yang bermaksud:

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." Surah al-Imran, ayat 160

Untung & rugi adalah ketetapan tuhan untuk menguji hamba2Nya. Biar rugi di dunia, tapi jgn sesekali rugi di akhirat. Marilah mantapkan solat kita dalam waktu senang atau susah.

 
Nov18

Dirikan Solat

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". Surah Al-Ankabut, ayat 45.

 
Aug04

Mengawal Diri di Bulan Ramadhan

Ramadhan
Ramadhan kini sudah memasuki hari ke-4. Begitu pantas sekali masa berlalu. Pilu rasanya hati melihat masa berlalu. Adakah masa yang berlalu dengan pantas atau kita yang semakin sibuk dengan kerja dunia kita. Adakah kerana kita sudah terbiasa dengan melakukan kerja dengan cepat, penggunaan teknologi yang mempercepatkan kerja-kerja kita, menyebabkan kita lebih banyak membuat kerja dunia sekaligus menyebabkan kita hanyut dan merasakan begitu pantas masa berlalu.

Bulan Ramadhan adalah masa yang sebaik-baiknya bagi kita bermuhasabah. Ini kerana pada bulan ini,  kita diberi peluang  untuk mengikat segala bentuk nafsu dunia dan memberi tumpuan kepada tuntutan dan ibadah kepada Allah SWT. Berpuasa mengikat perut kita yang merupakan punca besar kepada timbulnya nafsu-nafsu kita terhadap keenakan duniawi.

MENGAWAL DIRI SENDIRI DALAM SETIAP PERBUATAN.

Kita hendaklah menilai kembali setiap tubuh badan kita dari segi bahan-bahan yang memasukinya dan dikeluarkannya. Perbanyakkanlah kita berfikir terhadap makanan, perbelanjaan wang, penggunaan masa dan lain-lain, dan hendaklah kita menilai semula samaada kita mengikut sunnah dan AlQuran atau tidak. Hendaklah kita mengikut jejak Rasulullah SAW dalam setiap perbuatan kita. 

Pilihlah nilai-nilai Islam dalam setiap perkara yang memasuki pancaindera kita. Sebagai contoh jika anda menonton tv, pilihlah program Islamik dan tinggalkanlah drama-drama, cerita movie yang melalaikan. Jika anda mendengar muzik atau radio, dengarlah stesen radio Islamik, nasyid yang mendidik jiwa dan tinggalkanlah lagu-lagu yang melalaikan. Ingatlah bahawa antara faktor utama umat Islam amat lemah kerana otak, minda, fikiran mereka dihiasi dengan tv, muzik, bahan bacaan dan sebagainya yang melalaikan. Jika dikaji, otak manusia sangat hebat dalam menggambarkan semula aksi, adegan, muzik yang mereka lihat atau dengar. Sebab itu ramai tidak khusyuk dalam ibadah kerana kita akan tterbayang perkara yang mengasyikkan kita. 

Alangkah indahnya jika fikiran kita sentiasa berlegar-legar dengan bacaan-bacaan AlQuran, hadith, alunan lagu nasyid, doa-doa, ceramah, rancangan Islamik dan sebagainya. Biarlah bahan-bahan sebegini yang menghiasi diri kita. Teknologi seperti tv, radio dan internet tidak bersalah. Malahan ianya merupakan ujian yang besar kepada kita samaada untuk memilih bahan yang baik atau melalaikan. Oleh itu jadikan bulan Ramadhan ini sebagai peluang untuk kita menilai semula kawalan diri kita dalam memilih setiap perkara.
 
Semoga Ramdhan tahun ini menjadikan kita  hamba Allah SWT yang lebih bertakwa. Insha Allah. 
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 7
Banner

Connect With Kamilia

Kamilia on Facebook

Kamilia on Twitter

Kamilia Photo Gallery

Kamilia on flickr

Yayasan Wiba Prima

Yayasan Wiba Prima

Warisan Ibrahim bin Abdullah

Pembangunan Remaja Islam Malaysia

Kamilia on Youtube

Kamilia on Youtube WHI - Bajet 2010
Ikuti Dato Kamilia di Wanita Hari Ini membincangkan Bajet 2010 dari sudut wanita.